Sunday, April 29, 2012

Akar Kayu Mandian Herba Tradisional



Latest Pakaging
Khasiat

Akar Kayu Mandian Herba yang mengandungi 11 jenis akar kayu untuk kegunaan ibu-ibu selepas bersalin dan mengandungi pelbagai khasiat alami seperti:-

* menyegarkan kembali badan terutama kepada ibu selepas bersalin

* mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkan urat saraf, memberi kehangatan badan

* mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot, lenguh-lenguh akibat proses meneran semasa kelahiran bayi

*menghilangkan bau badan, dan merawat penyakit kulit.

Kandungan: Daun herba terpilih seperti Daun Capa, Daun Meringan, Daun Serai Wangi, Daun Inai, Daun Pandan, Daun Lamuni, Daun Pisang Kelat

Cara Penggunaan:

-Ambil 1 bunjut akar mandian dan letakkan air hingga menutupi seluruh bunjut. Rebus hingga mendidih
-Masukkan air rebusan yang mendidih tadi kedalam baldi/besen
-Campurkan air biasa mengikut tahap kepanasan yang sesuai

**1 bunjut akar kayu ini dapat bertahan untuk kegunaan 3-4kali sehingga warna kecoklatan nya hilang.

Harga
RM10.00 sahaja 1bunjut... (Minimum pembelian 2bunjut)
 
UPDATED AS AT 12/01/2013:
SET AKAR KAYU MANDIAN HERBA SUDAH DI RE-STOK. JIKA BERMINAT, SMS SY DI NO.TEL YG TERTERA DI SEBELAH KANAN PAGE.

Terima Kasih...^.^
 

Saturday, January 21, 2012

Set Asas Pengurusan Uri

Set Asas Pengurusan Uri Grandma Secret keluaran Bumiputera ini di datangkan khas untuk ibu2 yang bakal melahirkan. Terutamanya untuk 'first-timer' parents yang masih belum ada sebarang pengalaman menguruskan uri selepas ibu bersalin. Mudah dan sempurna.


Uri/tembuni adalah sebahagian dari ibu dan bayi semasa didalam kandungan. Jadi ia haruslah disempurnakan dengan sebaiknya. Dengan adanya set ini, tidak perlu lagi 'last minute' mencari bahan2 untuk menanam uri. Seperti mana penyediaan sambutan bayi sebelum dilahirkan, set asas pengurusan uri juga 'wajib' ada dalam list persiapan menyambut bayi.

Satu Set Asas Pengurusan Uri ini mengandungi:-
-Periuk Tanah
-Kain Putih untuk membungkus uri
-Garam
-Asam
-Glove/saarung tangan getah

Kenapa perlu ada asam dan garam? Ia bukanlah kepercayaan khurafat atau adat orang Melayu semata tetapi asam dan garam ini diletakkan pada uri selepas dicuci supaya mempercepatkan proses penguraian uri dan menghalang dari bau yang dapat menarik perhatian haiwan. Ini kerana uri/tembuni juga adalah seperti daging. Selepas dikeluarkan dari rahim ibu, ia haruslah diuruskan segera dan ditanam supaya tidak berbau busuk. Dengan adanya Set Asas Pengurusan Uri tugas anda jadi mudah kan?

Jika berminat untuk membuat tempahan, boleh lah order dari Kasih Bonda Collections dengan menghubungi/SMS no ini: 0149786771. Harga 1set hanya RM33.
Terima Kasih.

Friday, January 20, 2012

Pengurusan Uri/Tembuni

Set Asas Pengurusan Uri
kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan:

ومنه المشيتة التي فيها الولد طاهرة من الآدمي ، نجسة من غيره

Ertinya: Dan daripadanya, tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) adalah suci daripada manusia, najis daripada lainnya. (Nihayah al-Muhtaj: 1/245

Berdasarkan daripada kenyataan di atas, dapatlah difahami bahawa ternbuni dan tembuni keeil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis. Sebagai penghormatan kepada anggota manusia, maka tembuni dan tembuni kecil tersebut sunat dibungkus dengan kain atau lainnya dan ditanam jika ia dipisahkan ketika anak berkenaan hidup. Jika ia dipisahkan setelah anak berkenaan meninggal dunia, maka penyempumaannya adalah mengikut penyempumaan mayat anak berkenaan.
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu-Islam kita, setiap kali bayi dilahirkan, uri yang keluar bersama bayi ketika kelahiran ditanam.

Namun, terdapat pelbagai cara pengurusan uri bayi yang diamalkan oleh masyarakat kita, bahkan sesetengahnya ada yang pelik-pelik dan menimbulkan kesangsian.


Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan masyarakat kita ialah :

Sumber: http://grandmasecret.webs.com/produk.htm

1. Menanam uri bersama pensil dan buku, dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak.
2. Meletakkan paku dan benda-benda tajam bersama uri yang ditanam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati 'benda-benda halus'.
3. Menyalakan unggun api berhampiran tempat ditanam uri kerana bimbangkan 'kembar bayi' itu kesejukan pada waktu malam.
4. Uri ditanam bersama kepingan duit syiling.
 

Dari hasil sedikit kajian bersumberkan internet yang dibuat, kaedah pengurusan uri bayi menurut islam adalah seperti berikut :

1. Hukum menanam uri bayi adalah harus.
2. Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
3. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.

4. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Kesimpulan daripada jawapan di atas, jelas kepada kita bahawa setiap uri perlu ditanam bagi mengelakkan bau busuk ataupun dimakan oleh binatang. Dan, merujuk kepada amalan sesetengah masyarakat kita yang membasuh uri tersebut terlebih dahulu dengan asam keping dan garam, saya berpendapat ianya harus bagi menghilangkan bau pada uri tersebut.

Salam Pembukaan Kasih Bonda


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum wbt kepada semua.
Pertama sekali, diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan rakan-rakan kerana sudi berkunjung ke blog kami.

Kasih Bonda Collections menjual barang2 kelengkapan menyambut bayi yang disiapkan khusus secara tradisional merangkumi (sebagai permulaan):-

1) Barut Bayi Bertali - 100% cotton
2) Bedung Bayi - 100% cotton
3) Set Asas Pengurusan Uri

Kami juga akan menambah rangkain produk kami meliputi:-

1) Set Bantal Bayi Kekabu
2) Sarung Tilam dan Bantal - 100% cotton
3) Minyak Telon Bayi
4) Herba Mandian Akar Kayu untuk Ibu

Kami mengalu-alukan komen dan saranan anda untuk kami menambah baik mutu perniagaan kami.

Terima Kasih dari,